twit twit.

    nanti
    Monday, 26 April 2010 01:51

    dah lama blog tak update , dah jadi usang . boleh buang atau simpan buat harta karun .

    rehat buat seketika . nanti-nanti aku update kalau ada masa . sekarang sibuk hal dunia dan pelajaran . tapi aktif di blog mini aku , diari .
    link? tiada . itu personal . ada yang jumpa , tahniah . jumpa aku , minta hadiah .

    selamat tinggal buat sementara , tunggu semangat aku berblog secara serius datang kembali .

    mahu tanya , rasa aku perlu continue atau tidak ini domain? atau perlu tukar ke rihays.com ? =)

    kita tengok lah macam mana .

    selamat hari tinggal blog .

     
    Kenapa Michael Schumacher tak perlu bertanding lagi ?
    Wednesday, 31 March 2010 13:41

    Entri sebelum ni mungkin sedikit emo , nak buat macammana , itu datang dari hati kan? . Balik pada tajuk . Michael Schumacher akan bertanding di dalam F1 grand prix untuk season kali ini . Setelah beberapa tahun bersara dari dunia Perlumbaan F1 , dia datang kembali . Sepatutnya dia jangan jadi Pemandu lagi  , Duduk di rumah . Jaga anak , dan meriahkan isteri . Aku ada 3 sebab kenapa dia tidak perlu masuk semula ke dalam arena ini .

    Pertama , Akan hilanglah title "LEGEND" pada diri nya . Hampir semua legend yang aku kenal tidak sambung kembali karier mereka , buat apa kan? dah cukup menghadapi dunia .

    Kedua , peminat akan mula kata dia , gila piala . Jika sepuluh kali dia menang mana-mana perlumbaan pun dah cukup untuk peminat mengangkat tabik spring pada dia . Apa yang dia buat hari ini , telah menurunkan semangat peminat untuk kenang beliau sebagai legend . Antaranya ialah , aku .

    Akhir sekali , poin yang aku rasa paling penting , nama dia dalam buku sejarah akan muncul dua kali . Itu sangat tidak bagus dan melawan dengan hukum alam . Bila dah besar , nak cerita kat anak-anak pun rasa tidak seronok .


     
    Selamat Tahun Baru , 2010
    Friday, 01 January 2010 00:00

     

    Selamat datang tahun 2010

    2010 ! tahniah , ia telah hadir pada hari ini tanpa sebarang masalah yang terjadi , atau erti kata lain' , "save landing sir" . Selamat tahun baru semua , lama sudah tak menulis di sini , bukan tatkala tiada masa tapi perasaan normal yang ada pada setiap manusia , malas .


    Tema baru bukan ? sebenarnya tema ini telah siap lama , mungkin 5 bulan sudah , tapi kerana workload yang banyak untuk kerja-kerja lain , aku tinggal dulu tema ini . Sekarang dah siap , mungkin tidak 100% kerana ada sedikit cacat , tak mengapa , akan ku baikinya satu hari nanti , nanti . =)

    Apa azam tahun baru ini semua? Aku tiada azam spesifik yang hendak dinyatakan , cuma semua yang biasa semua manusia impikan , kebahagiaan dalam hidup . Tahun 2009 banyak perkara terjadi , dari hilang data dalam server ini , dan juga kehilangan sesuatu yang aku rasa sangat berharga , dia .
    Walaubagaimanapun , hidup harus diteruskan , kalau hendak duduk dalam bilik dan melangut atas dan bawah , apa pun tak boleh jadi .

    2010 , banyak projek telah aku outlinekan , harap semuanya berjaya . Nantitkan warga Malaysia , satu fenomena baru akan aku tunjukkan . Asx Creative sedang dalam pembikinan muka baru , lebih menarik dan ekslusif .

    Sekarang aku sedang tunggu konfirmasi dari pihak innity , aku mahu letak ads di sini . kalau dulu asyik kata nak buat blogging ni sebagai hobi saja , tapi tak apa , ingin mencuba nasib sekali lagi .

    Sampai sini saja entri pembukaan 2010 ini , aku akan cuba untuk menulis sekerap mungkin untuk tahun ini ! tidak mahu lagi jadi seperti tahun lepas . hambar sahaja . Views saja banyak , tapi entri tak , maaf sangat-sangat pembaca blog sekalian .

    Akhir kata , Selamat Tahun Baru 2010 !

     
    Barcelona : Kelab Terbaik Dunia !
    Thursday, 28 May 2009 05:15
    FCB

    Waktu entri ini ditulis , perlawanan baru saja selesai antara Barcelona dan juga Manchester United untuk Piala Juara-Juara!  . PUAS , itu yang dapat aku katakan , melihat si-syaitan-syaitan merah kecundang . Tak sia-sia selama 5 tahun aku menyokong kelab ini!  .

    Rakan-rakan di www.fcbarcelona.my pasti sudah melonjak kegembiraan! Pasti semuanya mula meraikan kemenangan yang ditunggu-tunggu ini.

    Bagi para peminat Manchester United yang dah beli tiket untuk perlawanan kali ini , masih ada peluang kedua untuk anda jual semula!

    Tahniah! ,Messi , Henry , Eto' , dan semua pemain Barcelona! . Aku yakin , ini bukan yang terakhir! FCBarcelona més que un club !

     
    Britain's got talent : Bakat luar biasa(video)
    Tuesday, 26 May 2009 23:04

    bgt

     

    Pertama kali aku lihat , memang tak sah lagi , mereka mempunyai quality dalam penyampaian bakat , dan semuanya bersikap professional dan bukannya merayu-rayu walaupun tidak lepas saringan (hint : ment*r) , susan boyle . wanita 47 tahun , suara emas yang dia miliki sememangnya hebat dan tiada tandingan , Aku pasti di Malaysia juga ada , tapi mungkin tidak se-daring Susan Boyle .

     
    « StartPrev1234567NextEnd »

    Page 1 of 7