|
Owh . Hye dan Salam . Sampai juga anda di page ini ya? . terharu saya kerana "sifat ingin tahu anda" amat tinggi tentang belalang yang berada di sebalik blog ini . Owh nama saya Syahir , jika nak nama penuh , boleh lah datang meminang . Sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang computer science di "World Class University" , Seorang bekas pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak .Jikalau ada guru bahasa melayu saya yang melawat laman ini , sudah pasti dimaki hamun dimarahi kerana bahasa melayu amat terabur serta sangat tidak tersusun . haha . Saya seorang freelancer , ada apa-apa design atau website untuk saya designkan ? . hubungi saya atau melawat terus ke laman designing saya iaitu http://asx.zerodeuxsix.com . Jangan segan - segan jika mahu sebarang pertolongan . Owh ya , saya juga seorang penguna Mac . Hidup Mac ! , Pergi mampus lah windows ! , maaf terkasar sedikit . Saya sekarang masih single tapi tidak lah available , ada si chumel yang sedang saya tunggu . Jadi , gadis - gadis , sory teramat lah ya . Rihays Zaini dot com ? . Dari mana datang nya idea itu ha? . sayapun sudah lupa , tapi yang penting ianya cukup sempurna bagi melambangkan identiti saya , Rihays . terbalik dari nama asal iaitu Syahir , dimana bandangan yang berbeza atau songsang yang akan saya sampaikan . Tapi igt , bukan cinta songsang ya ? Huhu . Saya suka menaip , menulis amat lah tidak sekali . Kalau menaip , 3000 perkataan pun belum cukup tapi menulis amat tidak seronok , lagipun siapa mahu baca tulisanku yang macam semut baru lepas mati yang langsung x lawa . Oleh itu , menaip menjadi keutamaan . Blog ini adalah medium bagi saya menyampaikan apa yang dirasakan releven oleh saya dan mungkin diterima masyarakat seantero kita . tapi kalau tidak , maaf lah , saya tidak sempurna , anda juga tidak terkecuali . Saya amat menyokong "freedom of speech" atau dalam bahasa melayunya ialah kebebasan bersuara . Sangat seronok kalau itu berlaku . Akhir sekali , Kalau ingin memberi apa-apa cadangan , jangan malu-malu anjing untuk bertanya ya ? . Salam dan sejahtera . Owh , sampai sini anda baca ya? . "hebat" , perkataan yang amat sesuai untuk anda !
Trackback(0)
|