|

*Credit photo pada Saudara Faiz . Kebebasan untuk memilih . itu yang hendak aku cheritakan kali ini . Semua orang punya hak . hak yang sememangnya tidak boleh di ambil dari setiap insan . *Tidak seperti mengambil gula-gula dari seorang kanak-kanak sehingga dia nangis.
Kali ini aku bagi situasi mudah , pilih antara dua wanita . Aku bagi semua kelebihan dan kekurangan masing-masing . Bolehkah kau memilih? . Satu perkara yang kau perlu tahu ialah dua-dua ada harapan terhadap kau , kau tak mahu kecewakan kedua-duanya tapi kau terpaksa juga memilih . Jangan kau ingat dengan memilih kedua-duanya akan selesai masalah , satu cara mudah , kau pilih satu dan yang lagi satu kau tinggalkan , tak salah untuk kau dump seseorang .
Nampak macam kasarkan apa yang aku cakap? . Sebenarnya itu realiti , jika kau tidak buat keputusan maka fikiran kau akan terbelenggu , bila kau dah buat , jangan sesekali kau tarik balik apa kau dah lakukan , kalau kau buat juga maknanya kau seorang yang bachul , tak dapat menerima kenyataan yang kau hanya boleh pilih seorang sahaja . Ingat , lebih baik kau mula awal dari sampai ke tahap yang mereka betul-betul berharap . Jangan sampai ada yang sanggup mati kerana tidak dipilih , jika dia mahu juga , biar sahaja , kau manusia , perlu membuat pilihan , tak bolehlah semua pilihan perlu mendapat keserasian bagi semua pihak , kita ambil seorang bos di kompeni besar , seorang pekerja mengsonglap duit , dan akhirnya kantoi , satu cara mudah ialah kau perlu buang dia . Memang semua orang tak lari dari kesilapan , tapi kalau ini saja cara untuk dia berubah . teruskan . Rezeki ada di mana-mana , dia boleh cari kerja di tempat lain . Kebebasan memilih dan kebebasan memberi keputusan ialah hak milik kau . Jadi jangan persiakan dan mempermainkannya . Jangan ingat dunia ini perlu adil untuk semua orang . Dunia tak pernah adil . *The world is never fair for us . Kalau kau rasa keputusan itu hanya menguntungkan sebelah pihak tapi dapat menyelesaikan masalah , teruskan . Inilah realiti di mana orang melayu dan kaum sedunia tak dapat terima . Selalu asyik fikirkan cara untuk menenangkan hati semua orang . Arh! Dusta semua itu! . *In order to become better , you must know how to choose wisely . Ini mesej peringatan dari aku . Mungkin akan ada yang tak dapat terima . Terpulang , ini hak kau untuk memilih samaada untuk terima atau tidak . Selamat Maju Jaya .
Trackback(0)
|