|

2010 ! tahniah , ia telah hadir pada hari ini tanpa sebarang masalah yang terjadi , atau erti kata lain' , "save landing sir" . Selamat tahun baru semua , lama sudah tak menulis di sini , bukan tatkala tiada masa tapi perasaan normal yang ada pada setiap manusia , malas .
Tema baru bukan ? sebenarnya tema ini telah siap lama , mungkin 5 bulan sudah , tapi kerana workload yang banyak untuk kerja-kerja lain , aku tinggal dulu tema ini . Sekarang dah siap , mungkin tidak 100% kerana ada sedikit cacat , tak mengapa , akan ku baikinya satu hari nanti , nanti . =)
Apa azam tahun baru ini semua? Aku tiada azam spesifik yang hendak dinyatakan , cuma semua yang biasa semua manusia impikan , kebahagiaan dalam hidup . Tahun 2009 banyak perkara terjadi , dari hilang data dalam server ini , dan juga kehilangan sesuatu yang aku rasa sangat berharga , dia . Walaubagaimanapun , hidup harus diteruskan , kalau hendak duduk dalam bilik dan melangut atas dan bawah , apa pun tak boleh jadi .
2010 , banyak projek telah aku outlinekan , harap semuanya berjaya . Nantitkan warga Malaysia , satu fenomena baru akan aku tunjukkan . Asx Creative sedang dalam pembikinan muka baru , lebih menarik dan ekslusif .
Sekarang aku sedang tunggu konfirmasi dari pihak innity , aku mahu letak ads di sini . kalau dulu asyik kata nak buat blogging ni sebagai hobi saja , tapi tak apa , ingin mencuba nasib sekali lagi .
Sampai sini saja entri pembukaan 2010 ini , aku akan cuba untuk menulis sekerap mungkin untuk tahun ini ! tidak mahu lagi jadi seperti tahun lepas . hambar sahaja . Views saja banyak , tapi entri tak , maaf sangat-sangat pembaca blog sekalian .
Akhir kata , Selamat Tahun Baru 2010 !
 |