Home arrow Hiburan arrow Review Eagle Eye di Sunway Carnival
Review Eagle Eye di Sunway Carnival
Sunday, 05 October 2008

Review Eagle Eye

Sekarang aku sedang online di Starbucks bertempat di Sunway Carnival , tujuan utama aku online di sini adalah untuk membuat kerja-kerja aku yang belum dapat aku selesaikan . Esok sudah mahu ke KL , esok pagi . Terpaksa drive kerana Tiket semuanya sudah habis . Arh! , terpaksa aku menabur minyak di jalanan lagi .

Aku dah lihat Eagle Eye pada hari sebelumnya , KAMI aku nak tengok malam nanti (pukul 9.00 Malam di sini juga) . Marilah tengok bersama aku! , aku belanja pop corn pada semua !  .

Balik kepada Eagle Eye , Terus terang aku katakan filem ini dah masuk senarai wajib tonton dan berada di carta kelima . Bagi aku , filem ini adalah gabungan filem Die Hard 4.0 dan Stealth .

Kenapa? . Jikalau Die Hard 4.0 , manusia yang mengawal segalanya , tapi dalam cerita ini , komputer yang buat . Bagi Stealth , komputer yang mengawal kapal terbang , Bentuk kedua-dua alat di dalam stealth dan Eagle Eye pun seakan-akan sama , kedua-duanya berbentuk bulat .  *Semua orang nak yang bulat bulat . =) , yang bezanya stealth mengawal kapal terbang dan eagle eye mengawal dunia . =)


Eagle eye
Jalan cheritanya amat menimbulkan pelbagai spekulasi , seronok sebenarnya cara ini , dapat menarik perhatian penonton yang seringkali bercumbuan leka di dalam panggung .

Sound efek yang aku kata tiada taranya . Boleh hilang nafsu pendengaran mereka-mereka di panggung wayang .

Aku suka cara dia buat "eagle eye" , bentuk bulat yang banyak-banyak seakan-seakan jerawat di muka . *muka siapa? .
Bagi yang terasa , jangan ambil hati ya .

Jerry Shaw , watak yang dilakonkan oleh Shia LaBeouf   amat menarik hati semua orang , termasuk gadis-gadis cina dihadapan aku . Tapi memang aku katakan , hampir keseluruhan cherita ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menunjukkan watak Jerry Shaw . Rachel Holloman lakonan Michelle hanya seronok pada seketika , yang lain , biasa saja .

Gerak dan acuan pergerakan kamera sangat-sangat membuat hati terasa tidak mahu pejam . Aksi yang tiada batas , tapi tidaklah tak logik seperti apa yang ada di dalam Die Hard 4.0 , guna kereta untuk pecahkan helikopter . =)

Mari tonton Eagle Eye semua! Kali ini aku pasti RM 9 aku tidak terbang kerana aku puas melihatnya di panggung .

 

*Bagi penggemar Rapidshare , rasanya dah ada . Tapi masih bukan original copy .

*Aku dah beli Filem Sepi yang original berharga RM15 . Saja aku mahu tengok sekali lagi kerana dah rasa sepi kembali . =)

 

Trackback(0)
Comments (8)add comment

|1f34|-|1r3 said:

menarik ni...aku suka die hard...tp aku xberapa layan stealth...nanti balik KL aku nak tgk citer ni la...thanks for the review ! ko xnak kasik berapa bintang ke? smilies/grin.gif
 
report abuse
vote down
vote up
October 05, 2008 | url
Votes: +0

asx said:

Bintang? dari 10 aku bagi 8 . sinematografi dia aku tak beberapa suka .
 
report abuse
vote down
vote up
October 05, 2008
Votes: +0

arham said:

Aku cadang kau tgok Mama mia the movie haha.Cerita musical aku baru tgok ptg tdi di sunwaypyramid.Kalau kau tgok kau beri lebih perhatian pada lirik2 lagu.Mmg best lirik-lirik lagu tu
 
report abuse
vote down
vote up
October 05, 2008 | url
Votes: +0

abdusfauzi said:

nk tgk!!1
 
report abuse
vote down
vote up
October 06, 2008 | url
Votes: +0

amer said:

ok download from server smilies/tongue.gif
dkt alamanda xde lg smilies/sad.gif
 
report abuse
vote down
vote up
October 07, 2008 | url
Votes: +0

asx said:

Lah , turun saja Pavillion . Boleh tengok sekali lagi dengan aku! =)
 
report abuse
vote down
vote up
October 07, 2008
Votes: +0

Ladynoe said:

Muka heroe eagle eyes to comey! ahahahaha. tapi cite ni mmg best.

*tak tau nak bertukar dari blogspot mcm mana. boleh import archive ke?*
 
report abuse
vote down
vote up
October 08, 2008 | url
Votes: +0

asx said:

Kalau migrate ke wordpress , tahulah .
tapi kalau ke joomla . tak pernah jumpa lagi .

Blog ni dibawah tahta joomla.
 
report abuse
vote down
vote up
October 08, 2008
Votes: +0

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

busy
 
< Prev   Next >

Lagi Iklan