|

Baru semalam aku melayan Shisha Bersama rakan - rakan ku . Gembira rasanya tapi tatkala seseorang rakan aku . Baru putus cinta .Dahulu dialah orang paling Gembira bersama pasangannya . Yang dulunya dikatakan "Puppy Love" , tapi sekarang macam dah betul-betul bercinta . Tapi setelah apa yang terjadi pada dirinya . aku terpikir , adakah aku juga akan menerima nasib yang sama . Orang yang aku sayang tinggalkan aku atas sebab lelaki lain dan bukannya sebab salah aku?. Hmm . Sadis juga ceritanya . Tapi Shisha pengubat hati kami pada malam itu . Babrican yang berperisa Peach amatlah sedap dan membuatkan aku untuk order satu lagi .Babrican bukan arak ya . Ia cuma satu air sparkling . Lepas pulang ke rumah , Aku buka google cari filem baru . Narnia sudah ku lihat , tiba-tiba rasa mahu buka blog mail . Lihat dia cakap pasal filem Sepi.
Aku amat gemar filem-filem yang sedemikian rupa . Biarlah tiada aksi sehebat Iron Man dan Transformer tapi unsur humour yang diterapkan di dalam filem itu menarik hati aku untuk terus membaca . Ya , memang bagus review dia . Bagi aku paham cherita itu walaupun belum melihatnya . Pasal Afdlin Shauki , Aku sangat terkejut , owh , dia berlakon filem romantis . Seronok . Bukan senang seorang pelakon yang sentiasa buat lawak Chumel berlakon dalam filem sedemikan rupa . Aku dapat rasa yang filem ini akan membuatkan lawak yang dia selalu ucap akan bertukar menjadi ayat-ayat atau peribahasa baru dalam dunia romantis . 26 Jun akan keluar? sangat seronok . Ketika itu aku masih cuti , juga si Dia yang baru lepas habis A level nya . Lagu slow yang didendangkan . Sekarang sambil aku menulis entri ini , aku terasa sangat . arh . tak dapat nak aku gambarkan rasa sayang dan gembira . Sangat seronok rasa dalam diri ini . Lagu apakah ia?. Kalau ada sesiapa yang tahu , nyatakan di komen saya ya . Sekarang dengar sebab saya grab flash di webnya dan tukarkan menjadi .mp3 . Sedikit knowledge dalam flash telah membantu saya dalam hal ini . Warna bagi tema dan website nya . Romantis . Ungu yang bermakna Romantik . Pandai Khabir Bakhtiar . Pilih warna yang secucuk dengan apa yang dia akan gambarkan iaitu sebuah filem romantis . Dengan elemen bunga-bunga . Aduh , romantis sungguh . Tapi apa yang aku tak suka ialah ia guna Flash sepenuhnya . Engin Pencarian sukarlah untuk bertemukan dengan website tersebut . Akhir kata , 26 Jun menjadi tarikh yang ku tunggu ketika ini dan persetujuan dengan si Dia untuk tonton sama-sama filem ini telah sampai kata putus . Dia mahu ikut . Horray! -) . Mari tonton sama saya ya.
Trackback(0)
|