Home arrow Hidup dan Stail
Hidup dan Stail
Simpan 2008 , kita mula 2009
Thursday, 01 January 2009


1 Januari 2009 , Entri pertama untuk tahun ini . Permulaan selalunya bagus , tetapi pengakhiran sememangnya tidak sama .

Tragedi tumpah darah server Acacia Exabytes pada hujung tahun lepas amatlah perit sehingga sekarang masih ada kesan cakaran-nya . Hendak ku cherita apa yang jadi sepanjang tahun 2008 , mungkin bukan semua , tapi cukup bagi menggambarkan kehidupan anak muda ini pada tahun yang dikatakan 'Ong' oleh kaum cina kerana angka ada '8' . Jadi kupu-kupu yang sedang asyik membaca , buka minda , buka segalanya , mahupun pakaian dalam agar anda tenang dan selesa ketika membaca tulisan sang belalang ini kerana ia 'agak' panjang .

Hendak kucheritakan yang baik-baik dahulu , yang kurang baik akan mengakhiri entri ini .
 
Ramadhan dan Big Apple.
Wednesday, 03 September 2008

Big Apple dan Ramadhan

Selamat Berpuasa dari Rihays Zaini . Jangan puasa Yang Yuk , zaman kanak atau dikala belum baligh boleh lah . Tapi sekarang jangan sekali ya! . Aku dah mula gian dengan Big Apple . Say Cheese dan California Almond dah mula menjadi kegilaan sebelum tibanya ramadhan . Seronok sekali bila dikahwinkan dengan segelas Air Coke ketika menjamahnya .

 

Mulanya aku rasai di The Curve  . Ketika itu Saudara baik yang namanya Arif yang belanja . Mulanya biasa saja . Tapi selepas Low Yat menjadi rumah kedua aku , Big Apple di Ground Floor dah mula jadi Meja makan wajb. Paling kurang seminggu sekali aku akan pergi ke sana . Selepas itu tiba waktu cuti . Tak dapatlah aku merasainya kerana atas ketahuan aku , di Penang tiada cawangan . Tapi sangkaan aku salah , ianya telah di buka di Sebuah Shopping Complex baru . Nama yang diberi , Seberang Prai City . Mula lah aku bergegas ke sana ketika hari pertama kita berpuasa .

 

Nak tahu apa yang aku terkejut ?. baca keseluruhan entri .

 
Maaf . Saya lambat .
Sunday, 31 August 2008

Saya Lambat . Maaf .

Maaf . Lama si belalang tak buka blog ini . Ramai yang tertanya-tanya . Kenapa yah? . Pertama , sangat-sangat busy  . Jawapan paling simple dapat saya ucapkan . Study dan Freelance works sangat-sangat memeningkan kepala . Ujian CCNA 1 yang baru saja lepas . Alhamdulillah boleh tahan juga markah hasil pertolongan Mr. Google . =) .

 
Kiub Rubik! . Mudah jika ada cara.
Saturday, 19 July 2008
 Kuib Rubik .
Dua minggu lepas aku belikan teman aku sebuah kiub rubik. Aku masih ingat , kali terakhir aku bermain kiub ini adalah ketika aku darjah 4 . Aku diperkenalkan dengan kiub rubik ini yang sangat unik  . Dulu aku hafal segala jalan untuk selesaikannya , tapi setelah 6 tahun lebih aku tak main , sudah lupa semuanya . Dan Brown ada menyiarkan video dari youtube yang sangat-sangat membantu aku . Tak sangka pula ada Algoritma untuk menyelesaikannya . Dulu aku selesaikan sebab sudah terlalu lama main , dari pagi sampai petang , biasalah waktu budak-budak . Tak silap aku yang ajar aku ialah Makcik aku sendiri iaitu Dr Pakar Anestesia. (fakta : Dr Pakar Anestesia hanya berpuluh saja di Malaysia . Tak silap aku tak sampai 20 orang.)  . Jadi hari ini aku ingin tunjukkan bagaimana kau dapat menyelesaikan Kiub Rubik dengan Mudah bersama Dan Brown .
 
Bila Tayar Pancit
Friday, 04 July 2008

Tayar Pancit

Lawak . Satu perkataan sangat sesuai bila aku teringat kembali akan peristiwa ini . Mungkin ramai yang tak pernah kena , mungkin ramai yang pernah. Tak pula aku jumpa statistik untuk keadaan ini kan ? . Cheritanya macam ini , sambil ku bawa Satria Neo Oren bernombor PHE2389 kesayanganku , tayar ku tiba-tiba saja pancit . Macammana itu terjadi ? . Mungkin Peterpan baling pisau agaknya , mungkin aku terkena batu yang tajam , Nak kata aku sudah lama tak PAM tayar , baru seminggu lepas aku buat . Nampaknya kali ini sangat-sangat tak menyebelahi aku . Jadi tindakan aku ialah ..

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 9 of 14