|
 Jangan Terlalu sayang orang . Aku cakap kali ni bukan atas sebab perkara ini terjadi pada diri aku , malah ramai lagi . Sayang sangat si Dia sampai bila dia tinggalkan kau , kau akan cakap kau tak boleh hidup tanpa dia . Mesti ramai yang pada itu cakap sama kau macamnih , "life must go on" , tapi sedikitpun kau tak ambil kisah kn? . Samalah seperti aku . Aku dah buntu , serupa tiada arah tuju .
Sememangnya rasa menyesal tuh ada . Tapi sukar untuk aku luahkan , aku dan dia hidup lebih dari tiga tahun , dari zaman sekolah sehinggalah aku boleh digelar Belia . Aku dah hampir putus asa untuk buat apa-apapun . Nak aku pujuk dia , sudah acap kali aku lakukan . Dia masih tidak sedar akan sayang aku padanya . Bagi sesiapa yang pernah rasakan kehilangan , mesti pada waktu itu kau rasa sangat kesal , apa salah kau sehingga si Dia cakap demikian . kau dah mula rasa yang dirikau sudah tiada makna lagi , duduk depan komputer sambil baca blog aku juga yang sedang kau lakukan . Kau tidak duduk diam , kau dah tak tentu arah , kau nampak happy di mata rakan-rakan , tapi itu semua hanya tipu dan dusta semata-mata . Kau cuba untuk ceriakan dirikau dengan bermacam-macam , tidak terlupa rakan karib sang Lelaki , masturbasi , tidur . Balik kepada tajuk asal , kenapa aku cakap jangan terlalu sayang ?, kerana kau tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan , memang sekarang nampak semuanya Happy , Bahagia bersama pasangan , langsung tiada rasa sinis terhadap masing-masing . Tapi bak kata orang , hidup kena sentiasa berjaga-berjaga . Bayangkan , kau sayang dia , Sepenuh hati , sampai pada satu tahap , dia rasa yang couple ini tidak perlu dalam hidup , dia yang rasa , bukan kau . Jadi dia ambil keputusan untuk putuskan dan mendowngradekan hubungan dari rakan istimewa kepada rakan biasa . Apa kau rasa waktu itu? .Terima sahaja? . Mungkin dalam hati kau pada mulanya cakap perempuan ramai . (aku sedang dengan lagu takdir cinta) , tapi bila kau setelah lama kau fikir , kau tak dapat melupakannya , mulalah kau lakukan apa yang aku cakap di Perenggan kedua . Owh , sinis. Nampaknya aku cherita macam kisah aku pula kan? . Kalau anda ada baca di seksyen "Persona" di blog ini , mungkin ada yang perasan yang aku kata aku sedang tunggu seseorang , tapi nampaknya perkara itu telah berubah . Arh , Maaf entri ini terlalu peribadi . Aku tulis di sini bukan kerana aku suka cheritakan hal hidup aku . Tapi , setelah dia tiada , aku sudah tiada tempat mengadu . Kalau selama 4 tahun aku hidup , suka ria bersamanya , tapi sekarang aku akan hidup dalam keadaan seorang . Dulu perkara ini pernah jadi . Tapi dua-dua macam tak dapat terima . Sekarang , bila dia yang rasa , aku pula yang kena bahangnya . Arh . Hidup remaja , banyak ragam .
Trackback(0)
|