Home arrow Hidup dan Stail arrow Keseronokan di Hari Raya .
Keseronokan di Hari Raya .
Thursday, 02 October 2008

Raya Seronok

 

Tahun ini aku tidak main mercun , umur yang meningkat tua dah mula bagi sebab sahih untuk aku tidak terjebak ke dalam gejala bakar duit itu . Bagaimanapun , bagi yang masih muda , aku sarankan engkau semua main mercun , bila lagi nak rasa kalau bukan di hari muda kita kan? . Nanti jangan dah tua bangka baru nak mula . Satu pesan , Berhati-hati ya .

*Permulaan yang tiada kaitan .

Jalan-jalan di Pulau Pinang , Kedah dan juga Perak . Hampir semua negeri di utara aku jejakkan kaki semalam . Cuma perlis saja yang tak kesampaian , jauh sangat dan tiada highway LPP(lebuhraya perlis penang) , kalau ada , dah lama aku jejak kerana ada beberapa orang rakan aku yang ada di sana  . Masuk rumah orang ni makan nasi , masuk lagi seorang makan bihun sup . Seingat aku setiap tahun menu rakanku sama saja . Bihun Sup , jangan marah ya Baloo .  

 
Dari petang hingga ke malam , di akhiri dengan permainan Snooker dan Pool di Bola-Bola , Butterworth . Permainan lima penjuru dari lima kereta berlainan . Orangnya tak lah ramai sangat , tapi kereta yang banyak . Semua dari arah yang berbeza , nak naik sekali pun susah juga sebab nanti nak pulang susah .

Pasal entri aku semalam yang aku kata aku sepi di hari raya dah diubat dengan rakan , betullah , bila rasa koyak , rakan sentiasa ada . Seronok bercherita tentang kisah masing-masing , semuanya telah berada di institusi pendidikan tinggi , lega rasanya . Semuanya dah selangkah berjaya untuk masa depan . Sejuk perut ibu mengandung .

Rumahku juga tidak henti-henti orang datang , duit raya terpaksa ambil giliran untuk masuk dalam poket aku , Aku seronok , walaupun demikian si Dia tetap aku ingati , hari ini patutnya ada gadis , tapi saudara Baloo punya kawan tak jadi ikut . Si Pino pula dah balik kampung , kalau tidak dah berjalan bersama . *Gatal .

Esok akan aku tonton Eagle Eye dan Kami The Movie . Nanti aku cheritakan pasal itu ya .
*Mael kata Eagle Eye seronok , akan ku lihat dan bagi pandangan ku pula ya .

Sekali lagi , Salam Sejahtera semua dan Selamat Hari Raya lagi ! . 
Trackback(0)
Comments (5)add comment

abdusfauzi said:

cepat! buat review eagle eye ya... ramai yang kata besh. smilies/grin.gif
 
report abuse
vote down
vote up
October 02, 2008 | url
Votes: +0

|1f34|-|1r3 said:

eagle eye menarik woooo....aku nak tgk gak nanti...kat US dah kuar lama dah...m'sia jer baru sampai...hehe smilies/tongue.gif
 
report abuse
vote down
vote up
October 03, 2008 | url
Votes: +0

Bat said:

Selamat Hari Raya Asx, eh orang penang ka? Sama la kita, aku dok kat seberang jaya. smilies/tongue.gif Tapi merantau sampai KL, huhu..
 
report abuse
vote down
vote up
October 03, 2008
Votes: +0

KNizam said:

tahun neh tak sempat pun beli mercun nak bawak balik. hehe smilies/wink.gif
 
report abuse
vote down
vote up
October 05, 2008 | url
Votes: +0

khalil said:

ala. tak jauh mana pun perlis tu
 
report abuse
vote down
vote up
October 05, 2008 | url
Votes: +0

Write comment
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
smaller | bigger

busy
 
< Prev   Next >

Lagi Iklan