|
Sepatutnya entri sekarang bercheritakan tentang "Mulakan blog dengan Joomla" , tapi nampaknya entri itu belum siap . Memang agak panjang kerana aku buat setiap definisi mengenai setiap komponen wajib guna . Sekarang aku mahu cherita pasal "perempuan" sambil aku memakai baju hasil karya Malapetakha Productions . Perlukah perempuan , gadis , wanita atau apa pun yang anda gelarkan kaum hawa itu dalam mencapai kejayaan? . Atau mereka hanya alat untuk anda berhibur , bersuka ria , hanya call bila perlu , atau duduk di Perpustakaan sambil "membaca" buku bersama atau pemuas nafsu gajah? . Mari kita cheritakan segalanya .
Aku terdetik untuk tulis pasal wanita kerana setiap hari kita jumpa mereka , setiap hari . Ada yang kata tanpa wanita , mustahil seorang lelaki itu akan berjaya . Tapi dengan cherita , Donald Trump kahwin dengan seorang model selepas dia berjaya . Di situ salah satu contoh besar yang amat boleh kita gunakan . Tapi , di sebalik kejayaan seorang lelaki ialah wanita ? . Bagaimana pula tuh? . Ada yang aku kenal telah jadi jutawan sekarang , dia kata pada aku , dia kenal isterinya dari kecil , dari sekolah lagi , mereka bercinta dari saat itu dan sampailah ke junjung pelamin . Dia kata tanpanya mustahil dia akan berjaya . Satu lagi fakta , kalau ada wanita , banyak saja cerewetnya , ini tak kena , itu tak kena , tiada kebebasan dalam melakukan sesuatu , sampai nak beli kain lap meja(bagi yang buka restoran) pun ada saja caranya . Biasalah lelaki , kalau nak buat kerja mesti nak cepat , tak kisah akan perkara remeh temeh , asalkan pulangan yang akan dapat lumayan . Yang terakhir , aku bagi sama rata , 2 faktor menyokong dan 2 fakta membangkang agar aku tidak terlalu bias , iaitu wanita dapat meringankan beban lelaki , kalau wanita itu seorang suri rumah tangga sepenuh masa , senanglah suami kan? baju semua , isteri yang basuh . Bayangkan anda hidup seorang? . basuh baju pun kena sendiri . Tambah pula dengan kerja yang bertimbun2. Aduyh . Dari semua yang aku cakap , langsung aku tak menyatakan jawapan untuk tajuk entri kali ini . Sebab apa ? .Itu anda yang akan menentukan di ruangan komentar .
Trackback(0)
|