|
Monday, 30 June 2008 05:43 |
|
Dulu aku ada gembar gemburkan pasal filem Sepi . Entrinya macam cherita ini sangat lah seronok . Ternyata , aku cakap cherita ini memang seronok. Ada orang yang lihat bersama aku acap kali cakap , "aku tak paham la" , lepas itu seorang gadis seksi bersket mini pun cakap , "i tak paham la" , memang lah , waktu filem ditayangkan kau sibuk buat wayang lain , lepas itu minta aku cherita balik , malas aku . Mungkin ramai yang nak tembak aku lepas ini . Semua bagi komen-komen yang baik sahaja pasal filem ini ,tapi aku nak bagi sedikit kritikan yang tak beberapa kasar . |
|
|
Agregator Berita dari Negaraku.net . |
|
Monday, 07 July 2008 04:15 |
|
Dah dua hingga tiga minggu aku lawat laman ini . Mulanya biasa saja . tapi dah lama-lama , aku suka pula . Web yang Bro Eddie dari noktahhitam buat nampak sangat-sangat simple tapi padat . Ada banyak aggretor yang aku jumpa , tapi nampaknya negaraku.net yang paling seronok sekali! Banyak Perkara yang aku nak cherita pasal ini web . Ada lebih kurang 5 , kalau kurang , anda tambah . =) |
|
Friday, 04 July 2008 21:26 |
|
Lawak . Satu perkataan sangat sesuai bila aku teringat kembali akan peristiwa ini . Mungkin ramai yang tak pernah kena , mungkin ramai yang pernah. Tak pula aku jumpa statistik untuk keadaan ini kan ? . Cheritanya macam ini , sambil ku bawa Satria Neo Oren bernombor PHE2389 kesayanganku , tayar ku tiba-tiba saja pancit . Macammana itu terjadi ? . Mungkin Peterpan baling pisau agaknya , mungkin aku terkena batu yang tajam , Nak kata aku sudah lama tak PAM tayar , baru seminggu lepas aku buat . Nampaknya kali ini sangat-sangat tak menyebelahi aku . Jadi tindakan aku ialah .. |
|
Tuesday, 01 July 2008 01:09 |
|
 Tingkap kaca , Hujan Bunga dan Dan Ku Biarkan Kau Terlepas . Itulah tajuk-tajuk lagu yang disampaikan dia . Seronok . Sangat seronok lagunya . Lagu yang sentiasa kena dengan sikap remaja sekarang yang banyak ragam . Aku sangatlah tidak terkecuali dari mendengar lagunya . Pada kali pertama aku dengan Dan Ku Biarkan Kau Terlepas , mulai saat itu aku , rasa ingin tahu aku maken tinggi , Nak pula aku dengar lagu-lagu lain milik dia . |
|
Thursday, 26 June 2008 22:50 |
|
 Jangan Terlalu sayang orang . Aku cakap kali ni bukan atas sebab perkara ini terjadi pada diri aku , malah ramai lagi . Sayang sangat si Dia sampai bila dia tinggalkan kau , kau akan cakap kau tak boleh hidup tanpa dia . Mesti ramai yang pada itu cakap sama kau macamnih , "life must go on" , tapi sedikitpun kau tak ambil kisah kn? . Samalah seperti aku . Aku dah buntu , serupa tiada arah tuju . |
|
|
|
|
|
|
Page 4 of 7 |