Home arrow Arkib
Arkib
Pretend
Hidup dan Stail
Sunday, 23 November 2008

Pretend

Salam semua . Dah lama tak berbicara tentang dunia . Dunia yang semakin tidak seronok . Kali ini kisah hidup , bukan kisah hidup aku , tapi bagi sesorang yang aku rasa tak perlu aku cheritakan siapa namanya  .

Dia cakap , dia kecewa , teman hidup yang disangkakan sempurna baginya terlepas cakap , tapi nampak gaya bukannya terlepas, memang sengaja nak bagitahu perkara sebenar .


Yang dia kata ,

"Selama ni , saya hanya pretend bila awak buat lawak , cerita apa-apa , atau apa-apa , supaya saya tak sakit hati dan awk tak terasa"

 

*diubah mengikut kesesuaian . atas izin si pencherita .


Mungkin bagi sesetengah , perkara tersebut remeh , tapi bagi si pencherita dan aku , ianya satu perkara besar . Dalam hubungan , bagi aku ialah kejujuran . Tiada makna jika hubungan berkekalan , tapi pembohongan sentiasa berlaku . Ibarat hubungan yang kosong .

 
Selamat Pagi Cinta . Cara Sharifah Amani berbeza .
Hiburan
Sunday, 23 November 2008
 Selamat Pagi Cinta
Hai , selamat pagi cinta , ungkapan yang diucapkan oleh Ilham(Pierre Andre ) ucapkan pada Julia(Fazura ) setiap pagi . tak terlupa , ia juga tajuk filem yang aku rasa sangat menarik . Cuma aku tak suka akan posternya yang kurang eye-catchy.

Tak perlulah aku buat sinopsis , dah ramai yang buat di blog-blog seantero malaya , aku hanya nyatakan review yang mungkin tak ramai perasan(mungkin) .
Sharifah Amani tajuk utama. yang lain aku tak mahu .  


 
Cherita Seorang Computer Technician
Dunia
Tuesday, 18 November 2008

 

Cherita seorang technician .

Pada malam semalam , ada seorang kawan , dia sepupu pada rakan bilik aku , tumpang semalam di kediaman kerana ada kursus di Sime Darby Esok . Malam itu rasanya dia mula bosan , aku lihat dia tak tentu arah , jadi aku ajak dia sembang bersama  .

 

Gambar di atas akan dijawab dengan ulasan di bawah . =) 

 

*Sebelum pergi lebih lanjut , aku tak bagitau dia yang aku ada background it*  

Cherita Pertama ,
Rasanya kalau aku dapat rekodkan apa yang dikatakan lagi menarik , tapi sayang , hanya tulisan saja yang dapat menggambarkannya . Dia cherita betapa teruknya laptop Acer , setiap hari ada saja yang rosak . Baru beli semalam , hari ini dah rosak . Aduhai , susah betul . Penat , setiap hari ada saja orang nak reformat .

 
Semester tamat dan FOSS Malaysia
Teknologi
Tuesday, 11 November 2008

Foss dan semester tamat

Yang ditunggu telah tiba , habis saja paper Malaysia Studies , terus aku berlegar di ruang lobi , menarik nafas segar dan bau yang paling wangi pada waktu tersebut . Peperiksaan telah tamat dan hidup kembali tenang -- untuk dua bulan . Doakan aku 4.0 untuk semester kali ini . Amin .

Malam saja dah menilau ke tempat-tempat hiburan(shisha) untuk bersosial seketika .

Esoknya hari penting , Foss Malaysia di Apiit , Bukil Jalil . Bagi yang tak tahu apa itu FOSS , FOSS ialah Free Open Source Software .Event yang 240 manusia tunggu . Semua tak sabar , nak lihat , rasa dan bau akan event ini . 

 

Sudahlah aku tidur pada pukul 5 . Bangun pula pada pukul 7 pagi . Penat sungguh , kesian hasbi terpaksa tunggu aku di Masjid Jamek selama dua jam  . Dari sana aku bergegas ke Bukit Jalil . Apa yang seronok di waktu pagi , kau akan kedengaran iklan DiGi di sepanjang perhentian LRT . Bila petang tiada pula ya .

 

 
Macbook Pro dan Macbook Baru . Wajib Sentuh .
Teknologi
Thursday, 16 October 2008
Mac Book Baru
Tadi aku jumpa Bro Azul(orang lama dalam dunia MAC di Malaysia) untuk ambil baju "MYMUG" iaitu Malaysia Mac User Group . Bagi tuan-tuan punya Mac , boleh la mengunjung web mereka di sini . Sedang kami bersembang-sembang di Kinokuniya Cafe , dia ada buka cerita tentang Macbook dan Macbook Pro Baru yang Apple keluarkan . Tanpa aku fikirkan lagi , balik saja ke menara gading , terus aku buka website rasmi si pelopor dunia baru internet . Apple .

Bila dah buka , mulalah mata menjadi liar . terpegun pun ada . Hati menjadi tidak tenang . rasa ingin sentuh sangat tinggi waktu itu . Dari gambar saja dah nampak kilauannya . Dari situ , aku buat review pasal macbook ini selepas kali pertama mencuri pandang di website mereka . 
 
Pemikir Dinamik . Satu perkara yang aku baru tahu .
Hidup dan Stail
Tuesday, 14 October 2008

Pemikir Dinamik .
Pemikir Dinamik . Satu perkara yang aku baru tahu .
Salam semua , hari ini hari indah , kita kembali ke dunia tanpa resah  .
Entri ini berkaitan dengan Personality Test yang aku ambil di Ipersonic . Kalau life4hire ialah seorang Reliable Realist dan Noktahhitam ialah seorang Independent Thinker .

Aku pula seorang -- Dynamic Thinker .

Tak perlu aku mengcopy dan paste semua maksud Dynamic Thinker , anda semua boleh click di sini untuk lihat . Hampir 90% yang diucapkan oleh kumpulan manusia yang mengkaji personaliti ini KENA dengan aku . Tahniah kepada mereka , satu revolusi di dalam dunia maya .

 

Aku buat sedikit review tentang apa yang dikatakan kepada aku .

 
Shisha . Jalan Damai , Kuala Lumpur.
Dunia
Tuesday, 07 October 2008

 Shisha , Jalan Damai Kuala Lumpur

 

Untuk permulaan aku hendak katakan aku bukanlah perokok tegar yang menyumbang wang paling banyak untuk kerajaan Malaysia . Hisap rokok tidak pernah sekali .

Itu untuk pengetahuan semua sipilan-sipilan yang menbaca blog aku . Shisha bagi perspektif aku sangat lain dengan rokok . Di dalam internet ada yang kata shisha lagi berbahaya dari rokok . Tapi bagi aku hanya bahaya kalau acap kali melakukannya . Mana lagi bahaya ? . Hisap rokok sekotak setiap hari atau hanya shisha seminggu sekali? .

Sudah pasal perbandingan .
Kini tiba cherita shisha dan Jalan Damai , Kuala Lumpur.

 
Review Eagle Eye di Sunway Carnival
Hiburan
Sunday, 05 October 2008

Review Eagle Eye

Sekarang aku sedang online di Starbucks bertempat di Sunway Carnival , tujuan utama aku online di sini adalah untuk membuat kerja-kerja aku yang belum dapat aku selesaikan . Esok sudah mahu ke KL , esok pagi . Terpaksa drive kerana Tiket semuanya sudah habis . Arh! , terpaksa aku menabur minyak di jalanan lagi .

Aku dah lihat Eagle Eye pada hari sebelumnya , KAMI aku nak tengok malam nanti (pukul 9.00 Malam di sini juga) . Marilah tengok bersama aku! , aku belanja pop corn pada semua !  .

Balik kepada Eagle Eye , Terus terang aku katakan filem ini dah masuk senarai wajib tonton dan berada di carta kelima . Bagi aku , filem ini adalah gabungan filem Die Hard 4.0 dan Stealth .

Kenapa? . Jikalau Die Hard 4.0 , manusia yang mengawal segalanya , tapi dalam cerita ini , komputer yang buat . Bagi Stealth , komputer yang mengawal kapal terbang , Bentuk kedua-dua alat di dalam stealth dan Eagle Eye pun seakan-akan sama , kedua-duanya berbentuk bulat .  *Semua orang nak yang bulat bulat . =) , yang bezanya stealth mengawal kapal terbang dan eagle eye mengawal dunia . =)

 
Kenapa Advertlets .
Teknologi
Saturday, 04 October 2008

Kenapa Advertlets

Atau dalam bahasa penjajahnya Why i choose advertlets .  Seronok Josh Lim kalau dia baca entri ini . Manalah tahu kalau-kalau income aku di tambahnya lagi . (*wink) . Mungkin ada yang perasan , ada yang tak , aku ada membuat sedikit modifikasi pada blog aku . Ada orang tegur , dia kata dia suka baca apa aku tulis , ayat seronok di baca tapi keadaan lain terlalu kosong , niat aku memang begitu nak kan kekosongan , tapi tetiba kali ini angin memanggil aku ke arah lain . Hendak pula aku cuba Advertlets .

Sebab pertama aku guna , aku lihat banyak kejayaan masing-masing menggunakannya , dulu ada aku buat kenangan di asxcreative , tapi langsung tidak berhasil , tak sampai Ringit Malaysia 50 . Menyesal aku pada mulanya . Jadi setelah hampir bertahun jadi blogger (cuma ini blog aku yang berbahasa melayu) , aku akan cuba sekali lagi mengharap nasib atau mencuit tangan pembaca-pembaca blog aku yang setia untuk tekan-tekan kan iklan di sekitar blog aku ini . Tak lah banyak mana , cuma satu dua kali sehari jadi lah . Tapi kalau nak lebih pun tak apa . Sedikit review aku di bawah.

 
Kebebasan Memilih
Dunia
Friday, 03 October 2008

Kebebasan memilih

 

*Credit photo pada Saudara Faiz .

 

Kebebasan untuk memilih . itu yang hendak aku cheritakan kali ini . Semua orang punya hak . hak yang sememangnya tidak boleh di ambil dari setiap insan .
*Tidak seperti mengambil gula-gula dari seorang kanak-kanak sehingga dia nangis.

Kali ini aku bagi situasi mudah , pilih antara dua wanita . Aku bagi semua kelebihan dan kekurangan masing-masing . Bolehkah kau memilih? . Satu perkara yang kau perlu tahu ialah dua-dua ada harapan terhadap kau , kau tak mahu kecewakan kedua-duanya tapi kau terpaksa juga memilih . Jangan kau ingat dengan memilih kedua-duanya akan selesai masalah , satu cara mudah , kau pilih satu dan yang lagi satu kau tinggalkan , tak salah untuk kau dump seseorang  .

 
Keseronokan di Hari Raya .
Hidup dan Stail
Thursday, 02 October 2008

Raya Seronok

 

Tahun ini aku tidak main mercun , umur yang meningkat tua dah mula bagi sebab sahih untuk aku tidak terjebak ke dalam gejala bakar duit itu . Bagaimanapun , bagi yang masih muda , aku sarankan engkau semua main mercun , bila lagi nak rasa kalau bukan di hari muda kita kan? . Nanti jangan dah tua bangka baru nak mula . Satu pesan , Berhati-hati ya .

*Permulaan yang tiada kaitan .

Jalan-jalan di Pulau Pinang , Kedah dan juga Perak . Hampir semua negeri di utara aku jejakkan kaki semalam . Cuma perlis saja yang tak kesampaian , jauh sangat dan tiada highway LPP(lebuhraya perlis penang) , kalau ada , dah lama aku jejak kerana ada beberapa orang rakan aku yang ada di sana  . Masuk rumah orang ni makan nasi , masuk lagi seorang makan bihun sup . Seingat aku setiap tahun menu rakanku sama saja . Bihun Sup , jangan marah ya Baloo .  

 
Raya . Kali ini lain .
Hidup dan Stail
Thursday, 02 October 2008

Raya kali ini lain

Bila bangun pagi . hari jadi kusut . Ini raya kedua . tapi macam dah tak raya . Kenapa? . Kenapa aku tak boleh nak rasa raya lagi . Kalau dulu raya mesti ada orang yang teman , ada orang yang akan sentiasa hubungi aku , suara chumeyl yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga masih tak dapat di Off kan . Macam ku letak radio yang memutarkan suaranya berulang kali di sebelah telinga aku . Owh , hidup . Kenapa aku macam ini . Ini bukan aku , patutnya raya kedua aku dah lagi gembira dengan duit raya yang beratur untuk masuk dalam poket aku . Adakah sesuatu telah berlaku ? . Adalah rasa rindu pada si Dia dah menular? . hanya aku boleh jawab soalan itu dan jawapan paling mudah ialah Ya. 

 

Semua orang pernah rasa rindu , mustahil lah kalau tiada rasa rindu pada setiap individu . Kalau tiada rasa rindu , baik tak payah jadi manusia , lebih rela jadi tayar pancit

 
Tak salah untuk rasa bersalah .
Hidup dan Stail
Sunday, 28 September 2008

rasa bersalah

Selamat Ramadhan dan Hari Raya pada semua insan dan pembaca setia blog saya . Selang beberapa hari saja bolehlah kita pakai baju raya warna warni yang dibeli . bagi yang ingat waktu last minute masih ada , bolehlah anda shopping di Uptown Danau Kota , Uptown Kota Damansara , ataupun Downtown Bandar Perda . Banyak peniaga-peniaga yang masih dahagakan duit anda ! .Jangan ingat barang sana tiada kualiti , sangat-sangat tinggi nilainya .Btw , google page rank aku sudah 3 !.

 

Balik pada topik asal , spekulasi yang mahu aku sampai sangat mudah . Janganlah malu untuk mengaku yang anda bersalah , semua orang buat silap , tak semua orang sempurna. jadi perkara yang orang kata common sense perlulah diambil kira dari setiap aspek . Tujuan aku sampai entri ini adalah untuk dua orang yang bergelar pelajar . Orang kata melayu penuh bicara dan adat , tapi melayu yang aku jumpa ini mungkin bukan dari tanah melayu . Ayat sinis . tapi mendalam . maaf  kalau terasa . 

 
Ramadhan dan Big Apple.
Hidup dan Stail
Wednesday, 03 September 2008

Big Apple dan Ramadhan

Selamat Berpuasa dari Rihays Zaini . Jangan puasa Yang Yuk , zaman kanak atau dikala belum baligh boleh lah . Tapi sekarang jangan sekali ya! . Aku dah mula gian dengan Big Apple . Say Cheese dan California Almond dah mula menjadi kegilaan sebelum tibanya ramadhan . Seronok sekali bila dikahwinkan dengan segelas Air Coke ketika menjamahnya .

 

Mulanya aku rasai di The Curve  . Ketika itu Saudara baik yang namanya Arif yang belanja . Mulanya biasa saja . Tapi selepas Low Yat menjadi rumah kedua aku , Big Apple di Ground Floor dah mula jadi Meja makan wajb. Paling kurang seminggu sekali aku akan pergi ke sana . Selepas itu tiba waktu cuti . Tak dapatlah aku merasainya kerana atas ketahuan aku , di Penang tiada cawangan . Tapi sangkaan aku salah , ianya telah di buka di Sebuah Shopping Complex baru . Nama yang diberi , Seberang Prai City . Mula lah aku bergegas ke sana ketika hari pertama kita berpuasa .

 

Nak tahu apa yang aku terkejut ?. baca keseluruhan entri .

 
Maaf . Saya lambat .
Hidup dan Stail
Sunday, 31 August 2008

Saya Lambat . Maaf .

Maaf . Lama si belalang tak buka blog ini . Ramai yang tertanya-tanya . Kenapa yah? . Pertama , sangat-sangat busy  . Jawapan paling simple dapat saya ucapkan . Study dan Freelance works sangat-sangat memeningkan kepala . Ujian CCNA 1 yang baru saja lepas . Alhamdulillah boleh tahan juga markah hasil pertolongan Mr. Google . =) .

 
Kiub Rubik! . Mudah jika ada cara.
Hidup dan Stail
Saturday, 19 July 2008
 Kuib Rubik .
Dua minggu lepas aku belikan teman aku sebuah kiub rubik. Aku masih ingat , kali terakhir aku bermain kiub ini adalah ketika aku darjah 4 . Aku diperkenalkan dengan kiub rubik ini yang sangat unik  . Dulu aku hafal segala jalan untuk selesaikannya , tapi setelah 6 tahun lebih aku tak main , sudah lupa semuanya . Dan Brown ada menyiarkan video dari youtube yang sangat-sangat membantu aku . Tak sangka pula ada Algoritma untuk menyelesaikannya . Dulu aku selesaikan sebab sudah terlalu lama main , dari pagi sampai petang , biasalah waktu budak-budak . Tak silap aku yang ajar aku ialah Makcik aku sendiri iaitu Dr Pakar Anestesia. (fakta : Dr Pakar Anestesia hanya berpuluh saja di Malaysia . Tak silap aku tak sampai 20 orang.)  . Jadi hari ini aku ingin tunjukkan bagaimana kau dapat menyelesaikan Kiub Rubik dengan Mudah bersama Dan Brown .
 
Iphone 3G di Malaysia !
Teknologi
Saturday, 19 July 2008
iphone 3g malaysia
Iphone 3G bakal masuk Malaysia . Maxis Communication Berhad (Maxis) hari ini mereka akan bertanggungjawab dalam membawa gadget tersebut ke Malaysia. Kalau ini berlaku . Aku sangat seronok ! . Mulanya aku mahu tunggu N96 hasil keluaran Nokia . Tapi setelah aku baca apa yang dikata MohdIsmail.net , trus tercetus seribu sebab kenapa aku ingin guna Iphone 3G .
 
Agregator Berita dari Negaraku.net .
Teknologi
Sunday, 06 July 2008

Negaraku Aggretor Berita

Dah dua hingga tiga minggu aku lawat laman ini  . Mulanya biasa saja . tapi dah lama-lama , aku suka pula . Web yang Bro Eddie dari noktahhitam buat nampak sangat-sangat simple tapi padat .  Ada banyak aggretor yang aku jumpa , tapi nampaknya negaraku.net yang paling seronok sekali!

 

Banyak Perkara yang aku nak cherita pasal ini web . Ada lebih kurang 5 , kalau kurang , anda tambah . =)

 
Bila Tayar Pancit
Hidup dan Stail
Friday, 04 July 2008

Tayar Pancit

Lawak . Satu perkataan sangat sesuai bila aku teringat kembali akan peristiwa ini . Mungkin ramai yang tak pernah kena , mungkin ramai yang pernah. Tak pula aku jumpa statistik untuk keadaan ini kan ? . Cheritanya macam ini , sambil ku bawa Satria Neo Oren bernombor PHE2389 kesayanganku , tayar ku tiba-tiba saja pancit . Macammana itu terjadi ? . Mungkin Peterpan baling pisau agaknya , mungkin aku terkena batu yang tajam , Nak kata aku sudah lama tak PAM tayar , baru seminggu lepas aku buat . Nampaknya kali ini sangat-sangat tak menyebelahi aku . Jadi tindakan aku ialah ..

 
Siapa dia Ana Raffali ?
Hiburan
Monday, 30 June 2008

 Ana Raffali

Tingkap kaca , Hujan Bunga dan Dan Ku Biarkan Kau Terlepas . Itulah tajuk-tajuk lagu yang disampaikan dia . Seronok . Sangat seronok lagunya . Lagu yang sentiasa kena dengan sikap remaja sekarang yang banyak ragam . Aku sangatlah tidak terkecuali dari mendengar lagunya . Pada kali pertama aku dengan Dan Ku Biarkan Kau Terlepas , mulai saat itu aku , rasa ingin tahu aku maken tinggi , Nak pula aku dengar lagu-lagu lain milik dia .

 
Sepi memelukku .
Hiburan
Sunday, 29 June 2008

Sepi

Dulu aku ada gembar gemburkan pasal filem Sepi . Entrinya macam cherita ini sangat lah seronok .  Ternyata , aku cakap cherita ini memang seronok. Ada orang yang lihat bersama aku acap kali cakap , "aku tak paham la" , lepas itu seorang gadis seksi bersket mini pun cakap , "i tak paham la" , memang lah , waktu filem ditayangkan kau sibuk buat wayang lain , lepas itu minta aku cherita balik , malas aku .

 

Mungkin ramai yang nak tembak aku lepas ini . Semua bagi komen-komen yang baik sahaja pasal filem ini  ,tapi aku nak bagi sedikit kritikan yang tak beberapa kasar .

 

 

Lagi Iklan